Polisi Bayaran Balik

Dikemaskini: November 2026 • Bizme Jaya Enterprise

⚠️ PENTING: Yuran pengurusan (RM1.00, atau RM1.98 melalui FPX) adalah TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN setelah nombor WhatsApp penderma telah didedahkan kepada penerima.

✅ Keadaan Yang LAYAK Mendapat Bayaran Balik

✓

Pembayaran berganda (double payment) akibat ralat teknikal

✓

Ralat teknikal platform — bayaran ditolak tetapi sistem gagal merekodkan

✓

Barang telah dituntut orang lain sebelum bayaran anda disahkan

✓

Iklan dipadam oleh admin selepas pembayaran dibuat

❌ Keadaan Yang TIDAK Layak

✕

Nombor WhatsApp penderma sudah didedahkan (perkhidmatan telah diberikan)

✕

Perubahan fikiran selepas bayaran

✕

Pertikaian mengenai keadaan atau kualiti barang

✕

Kos penghantaran yang telah dibayar

✕

Kegagalan penderma bertindak balas

✕

Barang sudah tiada atau telah diberikan kepada orang lain oleh penderma (penderma tidak mengemas kini iklan)

ℹ️ Jika Barang Sudah Tiada Selepas Bayaran

Yuran adalah bayaran untuk perkhidmatan menghubungkan anda dengan penderma, jadi ia tidak dikembalikan jika penderma memaklumkan barang sudah tiada. Untuk mengurangkan risiko ini, BarangFree:

  • menghantar email peringatan kepada penderma setiap 2 minggu untuk mengesahkan barang masih ada
  • memaparkan tarikh iklan (contoh: "Dipos 3 hari lalu"), supaya anda boleh memilih barang yang baru dipos

Sila maklumkan kepada kami melalui halaman Hubungi Kami supaya iklan itu ditutup dan pengguna lain tidak terkesan.

📋 Prosedur Permohonan Bayaran Balik

1

Hubungi admin@barangfree.com dalam masa 48 jam dari tarikh bayaran

2

Sertakan: nama, e-mel akaun, ID transaksi, nama barang, dan sebab permohonan

3

Admin akan semak permohonan dalam 3-5 hari bekerja

4

Jika diluluskan, bayaran balik akan diproses dalam 7-14 hari bekerja ke akaun asal

📧 Pertanyaan: admin@barangfree.com | Masa tindak balas: 3-5 hari bekerja